top of page
shopee-logo.png

Find us on :

BUAH EPAL TERAPUNG DI DALAM AIR

BLOG A&T

BLOG A&T  >  Buah Epal Terapung Atau Tenggelam Di Dalam Air?

Dikemaskini : 25 May 2017

 

Buah epal sememangnya enak dimakan terutamanya epal merah yang manis dan rangup. Ditambuah pula disajikan dingin dan telah terkupas, memang sungguh menyelerakan.

 

Betulkah buah epal akan terapung di dalam air meskipun ianya berbentuk pepejal (solid)?

Ya, buah epal terapung jika dimasukkan ke dalam air.

 

Kenapa buah epal terapung?

 

Ketumpatan. Disebabkan buah epal mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada air, maka ianya akan timbul. Buah epal secara umumnya mengandungi 25% udara iaitu lebih kurang suku (1/4) daripada isipadunya.

Adakah semua jenis atau epal tertentu sahaja yang terapung di dalam air?

 

Ya, semua jenis epal terapung di dalam air. 

Kredit Foto : Fruit For The Office

Kredit Foto : Science 4 Superheroes

Kredit Foto : Brian Wison @flickr

Hanya satu jenis apple sahaja dikenalpasti tenggelam di dalam air  :

Kredit Foto : Technomag

Maaf, sekadar selingan :)

 

Adakah hanya buah epal sahaja yang terapung di dalam air?

 

Tidak, terdapat juga buah-buahan lain yang turut mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada air seperti lemon, oren, starwberi, capsicum dan lain-lain.

Kredit Foto : Steve Spangle Science

Kredit Foto : Pinterest

Kredit Foto : Dreamstime

Semoga bermanfaat.

bottom of page