"SILPHIUM" - HERBA YANG TELAH PUPUS 

BLOG A&T  >  Silphium - Herba Yang Telah Pupus

Dikemaskini : 08 Jun 2017

 

Silphium (juga dikenali dengan nama silphion, laserwort, lasar dan laser) merupakan tumbuhan herba kuno yang dahulunya digunakan dengan meluas di dalam masakan dan perubatan. Malangnya tumbuhan ini telahpun mengalami kepupusan dan kini hanya tinggal lakaran dan teori berdasarkan catatan-catatan orang terdahulu. 

Silphion [σίλφιον]

Kredit Foto : Ukuchu @Taringa

Silphion [σίλφιον]

Kredit Foto : Silphium Food

Mengikut rekod sejarah, ketika peradaban Greek-Kuno, penggunaan Silphium yang sangat meluas di bandar Cyrene (sebuah bandar penting di era Greek-Kuno) menyebabkan ia telah menjadi barang dagangan utama dan sangat penting kepada ekonomi Cyrene sehinggakan lambang Silphium ditempa pada matawang perak (syiling) mereka.

Kredit Foto : News Coin Update

Kredit Foto : Edgar Lowen

Kredit Foto : Roma Numismatics

Tinggalan Bandar Cyrene (Libya)

Kredit Foto : Wikimedia

Tinggalan "Temple of Zeus" di Cyrene

Kredit Foto : Wikimedia

Silphium mendapat permintaan yang tinggi kerana fungsinya yang dikatakan boleh digunakan sebagai kontrasepsi (mencegah kehamilan) dan sebagai bahan untuk menggugurkan kandungan selain untuk rawatan batuk, sakit tekak, demam, dan lain-lain.

 

Punca sebenar kepupusan herba ini masih tidak dapat dipastikan namun kemungkinan yang terdekat adalah faktor perubahan cuaca atau terlebih tuaian (tuaian tak terkawal) kerana permintaan yang sangat tinggi.

 

Silphium Dan Simbol Hati

 

Telah menjadi perbincangan dan spekulasi sejarawan mengenai hubungan Silphium dengan simbol hati (  ❤️️  ) kerana terdapat matawang perak (syiling) dari Cyrene yang berbentuk sama dengan simbol hati. Dipercayai gambaran di matawang tersebut adalah benih kekacang (pod) Silphium.

Kredit Foto : Archaic Wonder

Kredit Foto : Wikipedia

Semoga bermanfaat.

 

Bacaan lanjut : Wikipedia

 

 

 

Utama  >  Info Bahan Mentah  >  Info Umum  >  Tahukah Anda  >  "Silphium" - Herba Yang Telah Pupus   ˄

BLOG

PRIVACY POLICY

2013-2020 by A&T Ingredients Sdn Bhd.  All rights reserved.