SHATAVARI - HERBA UNTUK KESUBURAN

BLOG A&T  >  Shatavari - Herba Untuk Kesuburan Wanita

Dikemaskini : 13 Jun 2017

 

PENGENALAN

 

Shatavari atau nama saintifiknya Asparagus racemosus merupakan herba yang penting di dalam perubatan Ayurveda (perubatan tradisional India). Ia bukanlah sayuran Asparagus yang sering digunakan dalam masakan tetapi ia daripada genus yang sama. 

 

Shatavari mempunyai banyak kebaikan dan yang paling diketengahkan adalah kebaikkanya kepada kesihatan wanita terutamanya untuk kesuburan.

 

Nama "Shatavari" sendiri adalah daripada bahasa India yang bermaksud :

 

  • “curer of a hundred diseases” (penyembuh 100 seratus penyakit)

  • “100 spouses” (seratus pasangan)

  • “who possesses a hundred husbands” (yang memiliki 100 suami)

 

Setiap bahagian tumbuhan Shatavari mempunyai kebaikan yang tersendiri namun bahagian yang sering digunakan untuk tujuan perubatan adalah bahagian akarnya.

Pokok Shatavari

Kredit Foto : Vaividyamu @Blogspot

Akar Shatavari

Kredit Foto : Wasanajai @Shutterstock

KEGUNAAN

 

Antara kegunaan dan kebaikan Shatavari adalah :

 

1. Penstabil Hormon. Shatavari adalah herba "phytoestrogenic" iaitu bersifat mengawal penghasilan estrogen (hormon wanita). Selain itu ia juga membantu kelenjar "anterior pituitary" dimana kelenjar ini berfungsi menghasilkan "luteinizing hormone (LH)". LH berfungsi untuk memacu ovulasi sekaligus meningkat kesuburan kepada wanita

 

2. Kesihatan Buah Pinggang Dan Hati. Shatavari bersifat "diuretic". Ia membantu badan menggeluarkan cecair-cecair berlebihan dan sangat bermanfat bagi wanita yang mengalami masalah pembendungan air (water retention) yang disebabkan oleh ketidakstabilan hormon.

 

3. Kawalan "Stress". Shatavari adalah herba "adaptogen" iaitu herba yang membantu mengimbangi "stress". Ia adalah baik bagi wanita yang mengalami kemurungan dan "stress" akibat ketidakstabilan hormon.

 

4. Kesihatan "mocous membranes". Shatavari bersifat "mucilaginous" membuatkan ianya baik untuk membantu kesihatan "mocous membranes". "Mucous membranes" di bahagian servik yang sihat dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kekeringan vagina.

 

5. Membanyakkan Susu Ibu. Shatavari adalah herba "galactogogues" yang berfungsi merangsang penghasilan susu ibu.

 

Selain kebaikan kepada wanita, Shatavari juga mempunyai kebaikan kepada lelaki untuk fungsi kesuburan.

 

Shatavari juga merupakan herba "nootropic". Walaupun tidak sehebat nootrpic lain seperti Ginkgo Biloba, Shatavari sedikit sebanyak memberikan kecerdasan kepada minda.

 

 

KESELAMATAN

 

Shatavari mempunyai fungsi meningkatkan hormon, maka dengan itu ia TIDAK DIGALAKKAN diambil oleh wanita yang memunyai tumor berkaitan estrogen. Disebabkan Shatavari daripada kumpulan tumbuhan yang sama dengan Asparagus, ia TIDAK DIGALAKKAN diambil oleh mereka yang mempunyai alahan kepada Asparagus. Bagi mereka yang mengambil perubatan "Diuretic" lain, Shatavari dihendak diambil dengan BERHATI-HATI.

 

 

BAHAN MENTAH

Shatavari Powder Extract

(Serbuk ekstrak Shatavari)

Serbuk Ekstrak Shatavari digunakan di dalam formulasi :

 

- produk kesihatan wanita

- produk kesuburan wanita

- produk "milk booster"

- produk kesihatan umum

 

* Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut mengenai Shatavari Powder Extract.

 

 

CONTOH PRODUK

 

Contoh produk yang menggunakan Shatavari :

Produk Shatavari - Caplets

Kredit Foto : iHerb

Produk Shatavari - Granule

Kredit Foto : Health By Ayurverda

Produk Shatavari - Kopi

Kredit Foto : Local Queen

Produk Shatavari - Teh

Kredit Foto : Traditonal Medicinals

Produk Shatavari - Capsul

Kredit Foto : Planet Organic

Produk Shatavari - Minuman

Kredit Foto : Swadeshaj

Semoga bermanfaat.

 

Bacaan lanjut : Natural Fertility Info

Utama  >  Info Bahan Mentah  >  Shatavari - Herba Untuk Kesuburan  ˄  Info Umum  >  Tahukah Anda  > 

BLOG

PRIVACY POLICY

2013-2020 by A&T Ingredients Sdn Bhd.  All rights reserved.

Shatavari product.png