BLOG A&T  >  Perubatan Alternatif

Dikemaskini : 11 Ogos 2018

 

Istilah : Allopathic medicine / Allopathy : Perubatan allopathic atau allopathy adalah ungkapan yang biasa digunakan oleh pengamal homeopathy dan pengamal perubatan alternatif lain untuk merujuk kepada ubat arus perdana / konvensional. Perkataan Allopathy diperkenalkan oleh pengasas homeopathy, Samuel Hahnemaan yang diambil daripada perkataan German allopathisch (allo : berbeza , pathic : berkaitan dengan penyakit atau kaedah rawatan)

Allopathy - Suntikan

Kredit Foto : Myriams

Allopathy - Pil / Tablet Ubat

Kredit Foto : Stevepb

Istilah : Alternative medicine - Perubatan alternatif ditakrifkan sebagai satu set amalan, produk, dan teori yang dipercayai atau dilihat oleh pengguna mereka mempunyai kesan penyembuhan perubatan tetapi keberkesanannya tidak dipastikan dan dibuktikan dengan jelas secara saintifik.

Perubatan Alternatif - Makanan Kesihatan

Kredit Foto : Nouchkac

Istilah : Complementary / Integrative Medicine – Perubatan pelengkap (Complementary / Integrative Medicine) adalah apabila perubatan alternatif digunakan bersama dengan rawatan perubatan konvensional, dengan kepercayaan bahawa ia meningkatkan kesan rawatan konvensional tersebut.

Perbezaan istilah perubatan alternatif dan pelengkap ialah, perubatan alternatif diamalkan sebagai perubatan utama menggantikan perubatan konvensional manakala perubatan pelengkap diamalkan sebagai usaha tambahan kepada perubatan konvensional

 

Istilah : CAM - Perubatan alternatif dan perubatan pelengkap juga dikenali dengan singkatan CAM (Complementary and Alternative Medicine). Contoh CAM adalah seperti perubatan minda-badan (seperti meditasi, akupunktur dan yoga), amalan manipulatif dan berasaskan badan (seperti terapi urut dan manipulasi tulang belakang), dan produk semulajadi (seperti herba dan makanan tambahan).

CAM - Senaman Yoga

Kredit Foto : YogawithAmit

CAM - Qi-Gong

Kredit Foto : MichaelRaab

Istilah : Traditional medicine (also known as indigenous folk medicine) :  Perubatan tradisional terdiri daripada aspek pengetahuan tradisional mengenai perubatan yang dibangunkan dari generasi ke generasi dalam pelbagai masyarakat sebelum era perubatan moden. 

Jenis Perubatan - Homeopathy : Sistem perubatan komplementeri diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Ubat-ubatan yang digunakan tidak mengandungi dadah sebaliknya hanya bahan semulajadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan berfungsi untuk menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit supaya dapat merawat pesakit secara menyeluruh. Pendekatan kaedah rawatan adalah berbeza pada setiap individu walaupun penyakit yang dihadapi adalah sama kerana bergantung pada proses semulajadi tindak balas badan terhadap penyakit.   

Homeopathy - Globuli sacchari

Kredit Foto : the3cats

Homeophaty - Larutan

Kredit Foto : Wikidudeman

Homeophaty - Hepar Sulph

Kredit Foto : Wikidudeman

Jenis Perubatan - Naturopathy : Sistem perubatan naturopatik adalah berdasarkan kepercayaan bahawa tubuh menyembuhkan dengan sendiri menggunakan tenaga natural yang memancu proses pembentukan tubuh. Ia adalah sistem perubatan holistik untuk merawat keadaan penyakit dengan cara mencegah, mengawal punca penyakit dan melibatkan pengubahan cara hidup dari awal demi menjaga kesihatan. Kaedah perubatannya termasuklah penggunaan bahan semulajadi seperti makanan, tanah, air dan sinaran matahari. Istilah naturopathy berasal daripada "natura" (bahasa Latin : kelahiran) dan "pathos" (bahasa Yunani : penderitaan) yang membawa maksud "penyembuhan semulajadi"

Naturophathy - Rawatan Lumpur Berhaba

Kredit Foto : tuscanysportholidays

Naturophathy - Hydro Theraphy

Kredit Foto : 

Jenis Perubatan - Acupressure : Perkataan Acupressure berasal dari Bahasa Latin acus "jarum" (lihat ketajaman) dan pressure (tekanan). Ia adalah teknik perubatan alternatif yang sama pada prinsipnya untuk akupunktur. Ia berdasarkan kepada konsep tenaga hidup yang mengalir melalui "meridians" di dalam badan. Dalam perubatan ini, tekanan fizikal dikenakan kepada titik akupunktur dengan tujuan membersihkan sumbatan dalam meridians tersebut. Tekanan boleh dikenakan dengan menggunakan tangan, siku, atau peralatan.

Acupressure

Kredit Foto : Robertprzybysz

Meridians - Saluran tenaga 'qi'

Kredit Foto : Peterhermesfurian

Jenis Perubatan - Acupuncture : Akupuntur adalah sejenis sistem perubatan tradisional Cina yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan kesakitan atau tujuan terapeutik. Rawatan akupunktur tidak menyakitkan dan berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa menggunakan sebarang dadah atau racun.

Acupuncture

Kredit Foto : Kyle Hunter 

Sujichim, hand acupuncture

Kredit Foto : National Institute of Korean Language

Jenis Perubatan - Moxibustion : Moxibustion adalah terapi perubatan tradisional Cina yang terdiri daripada pembakaran Mugwort (sejenis tumbuhan) kering pada kawasan tertentu pada badan. Ia memainkan peranan penting dalam sistem perubatan tradisional Cina (termasuk Tibet), Jepun, Korea, Vietnam, dan Mongolia. Kaedah perubatannya adalah dengan membakar Mugwort atau memprosesnya menjadi bentuk doh atau batang-rokok. Ia kemudiannya diaplikasikan kepada jarum akupunktur, atau membakarnya secara langsung pada kulit pesakit.

Moxibustion

Kredit Foto : 

Moxibustion

Kredit Foto : Reo

Jenis Perubatan - Cupping Teraphy / Hijama : Terapi bekam pertama kali direkodkan di dalam buku teks perubatan lama di dunia barat dan dikatakan sebagai amalan perubatan yang digunakan oleh orang Mesir. Bekam juga dikenali dengan nama Hijama (arab). Terdapat juga rekod Hippocrates (bapa perubatan, Greek) menggunakan bekam. Konsep terapi bekam adalah untuk untuk membuat sedutan/vakum pada kulit pesakit, jadi darah ditarik ke permukaan kulit untuk dikeluarkan darah-darah kotor dan toksin.

Cupping / Hijama

Kredit Foto : Kavun Halyna

Jenis Perubatan - Ayurveda : Ayurveda merupakan kaedah perubatan tertua di dunia yang berasal dari benua India. Menggunakan tumbuhan, herba dan mineral sebagai sumber perubatan, Ayurveda telah berkembang di India sekitar 5000 tahun yang lalu. Perkataan Ayurveda berasal daripada bahasa Sanskrit bermaksud sains kehidupan (Ayur : hidup, Veda : sains atau pengetahuan).

Ayurveda - Ramuan Herba

Kredit Foto : Mukesh

Ayurveda - Terapi Minyak (Shirodhara)

Kredit Foto : 

Jenis Perubatan - Traditional Chinese Medicine (TCM) : Teknik perubatan holistik yang diperkenalkan 3000 tahun dahulu terdiri daripada rawatan herba, akupunktur, terapi makanan, urutan dan senaman terapeutik. Ketidakstabilan konsep ‘Yin’ dan ‘Yang’ menyebabkan ketidakharmonian tenaga ‘qi’ dalam badan. Kaedah rawatan ini juga mengenalpasti bagaimana penyakit betindak ke atas pesakit untuk merawat pesakit dan bukanlah penyakit semata-mata.

TCM - Ramuan Herba Cina

Kredit Foto : Marilyna

Jenis Perubatan - Kampo : Kampo atau dikenali juga sebagai Kanpō adalah pada asalnya kajian terhadap perubatan tradisional Cina di Jepun, bermula pada abad ke-7 setelah setelah perubatan cina diperkenalkan di sana. Semenjak itu, Jepun telah mencipta sistem diagnosis dan terapi mereka sendiri yang unik. Perubatan tradisional Jepun ini menggunakan kebanyakan terapi perubatan tradisional Cina termasuk akupunktur dan "moxibustion", tetapi Kampo dalam pada hari ini lebih mengutamakan kajian berkaitan herba.

Kampo - Ramuan Herba Jepun

Kredit Foto : dpconst

Jenis Perubatan - Apitheraphy : Apitherapy adalah perubatan alternatif yang menggunakan produk lebah madu termasuk madu, debunga, propolis, Royal Jelly dan racun lebah. Perubatan Apitherapy telah didapati dalam amalan perubatan tradisional Cina, Korea, Rusia, Mesir, Yunani dan telah diamalkan sejak zaman Hippocrates dan Galen.

Apitheraphy

Kredit Foto : dpconst

Jenis Perubatan - Chiropractic : Chiropractic adalah sejenis perubatan alternatif yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan gangguan sistem muskuloskeletal (musculoskeletal), terutamanya tulang belakang. Chiropractic berkembang dengan baik di Amerika Syarikat, Kanada, dan Australia, ia melangkaui profesion terapi lain, termasuk terapi urut, osteopati, dan terapi fizikal.

Chiropractic

Kredit Foto : Reo

Baca lanjut : 

 

Semoga bermanfaat.

Utama  >  Info Bahan Mentah  >  Info Umum  >  Jenis Perubatan - Istilah & Info  ˄  Tahukah Anda  

BLOG

PRIVACY POLICY

2013-2019 by A&T Ingredients Sdn Bhd.  All rights reserved.