top of page
shopee-logo.png

Find us on :

NOTIS PENTING - PANGGILAN BALIK PRODUK

PANGGILAN BALIK PRODUK (PRODUCT RECALL) COLLAGEN TYPE 2 POWDER

Dibawah pemantauan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan berdasarkan laporan analisis daripada Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 19 April 2022, satu sampel Collagen Type 2 Powder telah dikesan mengandungi DNA Babi. Sehubungan itu, pihak A&T Ingredients Sdn Bhd membuat panggilan balik produk berkuat kuasa serta merta untuk :

 

Nama Produk                                     : 101005 COLLAGEN TYPE II POWDER

No.kelompok / Tarikh luput             : BM-0D0154  , Exp : 02/2023

Tarikh Panggilan Balik Produk         : 7 Jun 2022

 

Jika anda pernah membeli produk ini daripada kami dan masih mempunyai baki, sila lakukan langkah kawalan berikut :

 

Langkah kawalan baki produk :

  1. Jangan gunakan baki produk.

  2. Maklumkan jumlah baki kepada kami. Isikan maklumat di pautan https://tinyurl.com/prcollagentype2 atau imbas QR :

  3. Buang atau lupuskan baki produk.

  4. Melakukan proses sertu di kawasan dan alatan yang digunakan.      

 

Produk ini dihasilkan oleh pengeluar dari Perancis yang masih memegang sijil halal yang sah sehingga 30 Jun 2022. Sijil halal tersebut adalah daripada Halal Food Council of Europe (badan halal yang diiktiraf oleh JAKIM). Penyiasatan terhadap punca berlakunya permasalahan ini masih dijalankan.

 

Kami memohon maaf atas kesulitan yang terjadi ekoran panggilan balik produk ini. Halal dan kesucian produk adalah keutamaan kami. Pihak kami sedang berusaha sebaik boleh untuk menangani permasalahan ini. Sebarang pertanyaan lanjut pihak tuan boleh hubungi Puan Akalili, Bahagian Perhubungan Pelanggan di talian +6019-7569953. 

 

7 JUN 2022  | NO. RUJ. : SUM.KM-20011  

qr panggilan balik produk collagen type 2 powder.png
SUM.KM-20011 - notis panggilan balik produk collagen type 2 x_page-0001 (1).jpg
bottom of page