DONG QUAI - GINSENG WANITA
BLOG A&T
BLOG A&T > Dong Quai - Ginseng Wanita
Dikemaskini : 05 Jun 2017
PENGENALAN
DONG QUAI (juga disebut DANG-GUI) atau nama saintifiknya Angelica sinensis adalah tumbuhan dari Keluarga Apiaceae, iaitu keluarga tumbuhan yang sama dengan lobak merah, pasli, sadri dan adas. Dong Quai juga diberi jolokan nama "Ginseng Wanita" kerana memberikan banyak kebaikan kepada wanita.
Bunganya tumbuh secara kelompok (cluster) dan mempunyai bau yang aromatik yang sangat menarik perhatian serangga seperti lebah dan penyengat.
Setiap bahagian tumbuhan Dong Quai mempunyai kebaikan yang tersendiri namun bahagian yang sering digunakan untuk tujuan perubatan adalah bahagian akarnya. Akarnya berwarna kuning-kecoklatan dan mempunyai rasa pahit-kemanisan, sangat terkenal dalam perubatan Cina semenjak ribuan tahun lalu dan masih lagi digunakan secara meluas sehingga ke hari ini.
KEGUNAAN
Akar Dong Quai dikatakan sangat baik untuk mengatasi masalah wanita seperti senggugut (cramps and dysmenorrhoea), kitaran haid tidak menentu, ketidak-suburan, osteoporosis dan anaemia. Akar Dong Quai juga dilaporkan baik untuk peredaran darah dan digunakan untuk rawatan kardio, sakit sendi & saraf, keradangan, sakit kepala, sukar tidur (insomnia), asma, dan keletihan.
Walaubagaimanapun pembuktian secara saintifik/klinikal adalah terhad dan masih belum mencukupi untuk membuktikan kebaikan Dong Quai seperti yang dilaporkan.
Selain kebaikan kepada wanita, Dong Quai juga digunakan dalam produk lelaki terutamanya krim untuk mengatasi masalah pancutan pra-matang.
KESELAMATAN
Dong Quai mempunyai fungsi munguatkan aliran darah, maka dengan itu ia TIDAK DIGALAKKAN diambil oleh ibu hamil kerana ia mampu menggangu rahim dan memberikan risiko keguguran. Ia Juga TIDAK DIGALAKKAN kepada mereka yang mempunyai masalah cirit-birit yang kronik, demam, senggugut yang kronik dan denyutan jantung laju. HENTIKAN pengambilan Dong Quai 7 hari sebelum sebelum sebarang pembedahan bagi mengelakan masalah pendarahan dan permasalahan lain.
Dong Quai dapat melambatkan pembekuan darah (blood clotting) dan sekiranya diambil bersama ubatan lain yang memberikan kesan yang serupa, maka ia terdedah kepada risiko untuk berlakunya pendarahan dan bengkak. Antara ubatan yang mempunyai kesan yang serupa (melambatkan pembekuan darah) adalah aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam) ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Anaprox, Naprosyn), dalteprafin (Fragmin) enoxaparin (Lovenox), heparin, warafin (Coumadin) dan lain-lain.
BAHAN MENTAH
Dong Quai Powder Extract
(Serbuk ekstrak Dong Quai)
Serbuk Ekstrak Dong Quai digunakan di dalam formulasi :
- produk kesihatan wanita
- produk melancarkan peredaran darah
- produk kesihatan umum
* Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut mengenai Dong Quai Powder Extract.
CONTOH PRODUK
Contoh produk yang menggunakan Dong Quai:
Utama > Info Bahan Mentah > Dong Quai - Ginseng Wanita ˄ Info Umum > Tahukah Anda >